Monday, 7 August 2017

AKIK ALAMI








Jenis macam ni banyak namanya, tak hairanlah lain orang...lain panggilannya...lain padang, lain belalangnya. Admin menamakannya sebagai Akik Alami sebab ia diliputi getaran halus yang bersifat alami bagi permata dari keluarga akik. Tiada apa-apa pengisian sama ada dari pihak Admin atau dari alam ghoib. So, faedahnya pun bersifat alami semata-mata.

Apa faedah umum yang bersifat alami bagi sebiji permata dari keluarga akik?

Kesan pada tubuh fizikal:
Membantu memulihkan penyakit mata atau kelemahan fungsi mata. Ia juga menguatkan semua organ pembiakan. Ia sesuai bagi merawat penyakit pening kepala, kekejangan dan sakit tulang belakang, epilepsi, penyakit ginjal, masalah usus dan prostat dan sering berasa berdebar-debar. Selain itu, ia menguatkan paru-paru, perut, hati dan otak serta merangsang sistem penghadaman.

Kesan pada jiwa:
Getarannya mampu melegakan sekatan (blocking) dan kesesakan pada saraf dalam tubuh sehingga akan terbit rasa ketenangan yang dalam serta menstabilkan tenaga dalaman serta menyejukkan sifat panas.

Itulah secara ringkasnya faedah asas bagi jenis akik...so, bagi peminat permata, kena tahu la basic ni, ok?


Kod : A.ALAMI-7817

MAHAR : RM 40




No comments:

Post a Comment