Wednesday, 9 August 2017

KUNINGAN ASLI








Ciri-ciri umum kuningan asli:

1. Warnanya keemasan tapi bukan emas.
2. Ia lekat magnet namun tidak kuat tarikannya seperti besi lain
3. Tidak mempunyai tahi tembaga keputihan

Kaedah penggunaan:

1. Dipasakkan ke dalam badan (tak digalakkan sebab ia menyamai pemakaian susuk)
2. Di pasakkan ke dalam parang, keris atau senjata lainnya.
3. Di pasakkan pada hulu senjata dan tongkat.
4. Dijadikan permata yang perlu bersentuhan dengan kulit pemakai.

Fungsi:

1. Pemberat pukulan.
2. Kekentalan kulit
3. Kebal darurat
4. Direndam dalam air dan di minum untuk kekuatan fizikal seperti tidak sakit apabila terjatuh, dipukul, malah tidak akan cedera, namun tempoh pengaktifannya hanya 12 jam...kemudian tubuh peminum akan kembali normal.

Peringatan! Kuningan di atas diliputi gelombang panas dan mampu merubah emosi pemakai menjadi panas baran. Antara simptom biasa semasa mula memakainya, kepala terasa pening malah ada yang mual dan muntah. Jika sekadar pening...itu tidak menjadi masalah, sila pakai On Off...maksudnya jika pening je, cabut dulu...kemudian dah ok, pakai semula...lama-kelamaan takkan ada masalah. Tetapi, jika sampai muntah...jangan dipakai. Sebabtu biasanya ia dipasak pada senjata atau tongkat untuk digunakan jika perlu terutama dalam keadaan darurat.

Kaedah penyimpanan: Jangan di simpan secara terbuka atau terdedah kerana gelombangnya mampu membuatkan emosi seisi rumah menjadi panas dan akan timbul permasalahan dalam rumah tangga. Sebaik-baiknya simpan di dalam bekas yang tertutup diperbuat daripada buluh agar kesejukkan buluh mampu mengawal kepanasan kuningan di atas. So, kena fahamlah bahawa item ni khusus sebagai alat perang, gaduh, perlawanan dan yang sewaktu dengannya...bukan untuk dipakai sebagai perhiasan di dalam rumah.


Kod : KUNINGAN

MAHAR : RM 150


Admin bagitau terus-terang, ini bukan mahar sebenarnya...ia hanya mahar perkenalan sahaja...dan Admin juga faham, Tok Guru Admin memaharkannya lebih murah daripada itu, namun jangan samakan blog Admin dengan Tok Guru sebab lihatlah perolehan beliau yang banyak...so, tak hairanlah beliau mampu memaharkannya murah. Berbanding dengan perolehan Admin, inilah satu-satunya kuningan yang diperolehi...sudah tentulah maharnya tinggi. Itupun masih belum mengikut standard nilai pasaran yang  sebenarnya iaitu minima RM 2000.., maksima boleh mencecah ratusan ribu bagi yang faham akan kesukaran untuk mendapatkan kuningan asli...namun kekuatannya tidaklah 100% sebab jika kuningan bersaiz di atas yang memiliki kekuatan 100% ada di rumah kita, jangan tak percaya jika Admin katakan sistem elektrik tidak akan berfungsi seluruhnya. Tak percaya?...sila rujuk otai-otai mistik yang arif tentang kuningan.




No comments:

Post a Comment