Wednesday, 2 August 2017

RMG SIMBOLIK PANAH







RMG...atau nama panjangnya Raja Mani Gajah di atas terlihat simbolik mata panah. Secara khususnya, RMG berfaedah dalam hal-ehwal pengasihan umum...keistimewaan di atas ada mata panah yang membawa lambang panahan kasih ke hati sesiapa yang dikasihi.

Namun perlu diingat ! Kunci pengasihan ni hanya satu iaitu kasihilah, sayangilah dan cintailah Allah dengan sebenar-benarnya...pasti seluruh makhlukNYA mengasihi, menyayangi dan mencintai hamba yang dikasihiNYA. Itulah hakikat ilmu pengasihan yang Haq. Yup...memang bunyinya macam senang...hanya individu yang melalui pengalaman menagih cinta Ilahi sahaja yang akan faham...ujian...pengorbanan...itu perkara lumrah dalam meraih cinta Ilahi...cinta sejati...cinta abadi.

Fungsi yang benar pemakaian asbab seperti item-item pengasihan hanya satu simbolik yang bertujuan untuk motivasi dan mendidik hati kita agar berkasih sayang sesama makhluk kerana Allah semata-mata...selain usaha melalui pemakaian item-item pengasihan, doa adalah amat digalakkan sepertimana yang di ajarkan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalaam, "Ya Allah, berilah aku rezeki cinta Mu dan cinta orang yang bermanfaat buatku cintanya di sisiMu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku di antara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan di antara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untukku dalam segala hal yang Engkau cintai." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Kod : RMG-PANAH

 MAHAR : RM 300




No comments:

Post a Comment