Saturday, 30 September 2017

GELIGA MBAH 'AMIR






Pemberian melalui seseorang dari golongan bunian yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai 'Amir atau 'Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia. Beliau memperkenalkan dirinya Mbah 'Amir...mungkin jolokan tersebut di petik dari kenyataan Rasulullah SAW terhadap golongan bunian.

Insya'ALLAH, diliputi kekuatan gelombang tenaga dalam urusan penarik kerezekian dan pelancar usaha.




Kod : G-MBAH'AMIR

MAHAR : RM 200






Thursday, 28 September 2017

GELIGA JEMALA NAGA HIJAU







Admin taknak cakap banyak tentang item yang bertaraf legend...bagi yang legend, mereka tahu...kegunaannya khusus dalam penarikkan kerezekian dan pemusnah sihir pelalau atau sejenis sihir yang bertujuan menghalangi jalan kerezekian.



Kod : G-JEMALA

MAHAR : RM 1200




Wednesday, 27 September 2017

FOSIL GUCHMANI EDISI LANGKA (SOLD)








Alhamdulillah, GUCHMANI ni ada sebiji je...sesiapa yang digerakkan hatinya oleh ALLAH, tahniah di ucapkan sebab terpilih memiliki item langka yang diidam-idamkan oleh ahli mistik terutama orang-orang lama dalam gelanggang mistik.

GUCHMANI ini kelebihannya mengikut kepercayaan orang tua zaman dahulu ialah barangsiapa memilikinya...Insya'ALLAH, beroleh keberkatan, kekayaan dan kemakmuran di dunia.

Item RARE macamni...Admin taknak cakap banyak.


Kod : F-GUCHMANI

SOLD







Tuesday, 26 September 2017

GUCHMANI EDISI HIJAU (SOLD)








Maaf, jika jurugambar tak profesional yang ambil gambar...ini le jadinya...huhuhu...

Ini Geliga Ular Chinta Mani (GUCHMANI) Hijau, faedahnya dipercayai khusus untuk:

Penarikkan kerezekian dan kekayaan

Memudahkan urusan kerezekian

Otai-otai mistik tahu la tentang GUCHMANI, item legend...Admin malas nak cerita panjang.


Kod : GUCHMANI-HIJAU

MAHAR : RM 380

PROMO MUHARRAM : RM 280




Monday, 25 September 2017

GUTS HIJAU







Jika di kaji melalui ilmu berkaitan warna dalam sains metafizik, warna hijau dikaitkan dengan frekuensi gelombang tenaga bagi chakra jantung. Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar timus yang mengawal sistem imun tubuh. Ia juga meliputi sistem psikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redho dan lain-lain. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iaitu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.

Secara mistik, GUTS adalah Geliga Ular Tedung Selar dan item di atas khusus sebagai:

Kerezekian dan Pemudah Urusan



Kod : GUTS-HIJAU

MAHAR : RM 350


Sunday, 24 September 2017

HAJARUL MAHABBAH

 






Permata di atas berfaedah sebagai asbab pengasihan umum, namun perlu di ingatkan bahawa penggunaan sesuatu benda seperti permata cincin adalah alat untuk mencapai kepada sesuatu matlamat...diulangi, ia adalah alat sahaja. Misalnya, matlamat kita nak pergi kerja...alat untuk sampai ke tempat kerja adalah kenderaan...tak kira la kenderaan persendirian atau kenderaan awam. Baik! Admin nak tanya, ada ke selama ni kita naik kenderaan, kita minta tolong pada kenderaan tu?...contohnya, "wahai motor, tolonglah bawa aku ke tempat kerja dengan selamat."...ada?....takde kan?...sebagai seorang yang beriman, sudah pastilah kita akan minta Pertolongan ALLAH, RABB YANG MUTLAK, agar diselamatkan perjalanan pergi dan balik ke destinasi dengan melalui bacaan doa menaiki kenderaan...betul?...baik, mari kita kupas hal ni. Doa adalah asbab untuk mendapat Keizinan dari ALLAH sebab kita yakin hanya ALLAH sahaja yang mampu Memberi Manfaat ataupun Mudharat...kenderaan adalah asbab sampainya kita ke tempat kerja...dan tempat kerja adalah matlamat kita tadi...itulah perihalnya kita sebagai seorang hamba ALLAH yang hidup atas jalan asbab...dari lahirnya kita sampai la mati...semuanya ada asbab. Pendek cerita, perjalanan hidup di dunia atas jalan asbab.

Begitu jugalah dengan penggunaan sesuatu benda seperti permata cincin, ia hanyalah asbab yang mampu memotivasikan diri semata-mata...tak lebih dari itu. So, sekarang ni Admin nak bagitau kuncinya agar mudah menikmati dan mengalami keindahan sesuatu ciptaan ALLAH yang bernama batu permata. Di laman ini dipaparkan item pengasihan, so kunci sebenar agar item yang dimiliki berfungsi dengan baik dan sentiasa dalam Rahmat ALLAH, kunci sebenarnya adalah berkasih-sayanglah kita kepada ALLAH dan Rasul terlebih dahulu...berkasih sayanglah kita kepada Zat Al-Khaliq, cintailah ALLAH dan Rasul-NYA, cintailah segala perintah ALLAH...apabila terbukti benarnya cinta itu, maka pasti seluruh makhluk akan cinta dan kasih sayang kepada kita, kecuali Iblis Laknatullah dan konco-konconya. Inilah kunci Haq bagi sesuatu ilmu atau alat atau asbab yang berkaitan dengan pengasihan.

Selain pengasihan umum, item di atas juga mampu digunakan untuk menyeru atau memanggil Ahlimul-Ghoib...urusan pemanggilan tu jadi mudah la...tapi jangan pulak korang guna dalam ritual 'ngongkrong'...panggil makhluk halus untuk dapatkan nombor ekor, jika buat juga perkara ni setelah diberi amaran...tumbalnya adalah hidup menjadi sangkak...Ingat tu!


Kod : H-MAHABBAH

MAHAR : RM 100






Saturday, 23 September 2017

MESTIKA SUKMA RAJA







Itu nama panggilannya di Kerajaan Jawhara sebagaimana yang diberitahu kepada Admin, nama di tempat atau kerajaan lain...Admin tak tahu. Dari pengamatan Admin melalui kajian sains metafizik, ia diliputi gelombang violet keputih-putihan yang berkait rapat dengan sistem chakra mahkota, iaitu chakra yang terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai 'talian hayat' yang menghubungkan manusia dengan 'dunia luar' terutamanya dengan Yang Maha Pencipta. Kedudukan chakra mahkota adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai pusat pengaliran tenaga roh, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhannya yang juga mengawal chakra-chakra yang lain.

Manfaatnya dari sudut pandangan mistik, simple je penerangannya;

Pengaktifan kasyaf Haq

Pengasihan umum tahap tinggi

Pemudah cara dan ikhtiar dalam urusan perniagaan





Kod :SUKMARAJA

MAHAR : RM 450

- HOLD -




Wednesday, 20 September 2017

AKIK YAMAN KUNING (SOLD)







Menurut kajian sains metafizik, frekuensi gelombang tenaga kuning merupakan chakra pusat atau lebih dikenali sebagai solar plexus chakra. Terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga bagi kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas dan bijaksana. Ketidakseimbangan tenaga ini mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata dan masalah stress pada minda juga adalah salah satu permasalahan ketidakseimbangan tenaga pada chakra pusat. Dengan pemakaian permata di atas akan membantu memberikan keseimbangan pada chakra pusat agar dapat mengelakkan daripada masalah-masalah tersebut, di samping menambahbaikkan sistem tenaga di chakra pusat.

Dari perspektif mistik, kuning di lambangkan kepada simbolik kekayaan dan darjat kemuliaan...sebab itu, tidak hairanlah warna kuning adalah warna DiRaja.




Kod : AYAMAN-KUNING

SOLD





Tuesday, 19 September 2017

PEMAGAR SIHIR





Fungsinya sebagai pemagar ghoib atau perisai ghoib dari serangan sihir, namun khusus kepada individu yang tiada unsur-unsur sihir di dalam tubuh. Maknanya, individu yang pernah di sihir dan telah sembuh sepenuhnya, kemudian ingin mencari aksesori diri yang berfungsi sebagai perisai diri agar sihir tidak kembali menyerang. Sesuai juga bagi individu yang tidak pernah di sihir, namun ingin sesuatu aksesori diri sebagai langkah berwaspada.

Juga boleh di bekalkan kepada anak-anak atau diri sendiri semasa aktiviti perkhemahan di dalam hutan atau tempat-tempat yang di jangka adanya makhluk halus, bagi memagar diri dari sebarang gangguan yang tidak diingini.


Kod : PEMAGAR

MAHAR : RM 0.25 sen
SOLD


Itu nilai yang ditetapkan oleh si Pemberi...kepada yang berhajat, tolong la support kos penghantaran dan duit minyak petrol ke Pejabat Pos sebanyak RM 10 sahaja.