Sunday, 17 September 2017

GELIGA ARJUNA (SOLD)







Setiap permata atau geliga ada faedahnya sama ada dari perspektif mistik mahupun sains metafizik...hanya sahaja kita nak pilih yang mana satu?...so, geliga di atas mempunyai dua fungsi dari perspektif sains metafizik dan mistik iaitu:

Melalui kajian sains metafizik, setiap permata yang memiliki gelombang tenaga merah merupakan frekuensi bagi chakra pertama atau juga disebut chakra dasar (root chakra dalam istilah Inggeris...nafsu Ammarah dalam istilah sufi) yang ada dalam diri. Secara kasarnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggungjawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ia amat sesuai bagi individu yang mengalami masalah ketidakseimbangan pada chakra dasar. Tanda-tanda seseorang mengalami masalah tersebut di antaranya adalah permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu ataupun kurang aktif, tidak rasional dan pemarah. Apabila geliga di atas digunakan sebagai aksesori diri, maka gelombang tenaga yang meliputi geliga ini mampu memulihkan ketidakseimbangan tersebut secara berperingkat-peringkat.

Fungsi dari perspektif mistik jika di aktifkan adalah:

 Memudahkan cara dalam menyelesaikan hutang-piutang

Membangkitkan tenaga gerak ilham sama ada berupa teknik seni beladiri mahupun dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan permasalahan dan kebuntuan

Mengaktifkan dan memecahkan hambatan atau halangan pada urusan kewangan



Kod : G-ARJUNA

SOLD





No comments:

Post a Comment