Tuesday, 12 September 2017

GELIGA DEWA DEWI






Item ini admin terima daripada Guru admin iaitu Tok Mat Geliga Bunian, so deskripsinya admin petik daripada pengalaman dan hasil ujikaji beliau sendiri...

Jenis ini digunakan untuk membersihkan aura pemiliknya, setelah dipakai beberapa lama, warnanya mampu bertukar menjadi kotor atau lebih teruk menjadi warna kehitaman atau lusuh.

Dari pandangan ilmu sains metafizik kajian aura dan tenaga bahawa semua benda di dalam dunia ini mempunyai tenaga serta aura. Ada benda yang mampu memberi kebaikan dengan pertambahan aura kepada diri manusia seperti permata lainnya dan ada juga yang mampu menyedut aura baik manusia dan ada juga yang mampu menarik aura yang tidak baik dari manusia.

Item ini digunakan sebagai penarik aura tidak baik dari seseorang manusia, namun ada simptomnya iaitu badan pemilik akan lesu dalam masa kurang sehari atau sehari (telah diuji oleh Tok Guru dan admin sendiri, ternyata ianya berhasil) dan tenaga aura positif akan mengambil alih tempat aura negatif ini.

Aura negatif selalunya datang dari minyak berunsur negatif, sihir ringan (penyakit 'Ain) dari orang lain dan melalui atau berada di tempat-tempat maksiat dan kotor. Dengan perkara-perkara ini, maka ketidakseimbangan aura akan berlaku dan mempengaruhi mood serta sikap sesetengah manusia.



Kod : GDD-12917

MAHAR : RM 100





No comments:

Post a Comment