Tuesday, 5 September 2017

GELIGA TOK GURUH







Pemberian Tok Guruh, salah seorang legend dalam kampung Gadek. Menurut otai-otai di sini, Tok Guruh salah seorang yang membuka tanah di kawasan Gadek...beliau mendapat gelaran demikian berikutan suaranya umpama dentuman guruh di langit apabila beliau marah...kata orang sini, musuh boleh menggigil ketakutan jika berdepan dengannya.

Selain Tok Guruh yang membuka tanah di kawasan ini, ada lagi saing-saing beliau iaitu Tok Dalong, Tok Parang Godang, Nenek Panjang Rambut dan Tok Hitam...masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri dan mereka semua adalah orang pertama yang membuka tanah di kawasan masing-masing...yang paling tidak dapat dilupakan oleh orang-orang lama yang hidup sezaman dengan mereka adalah jasa mereka memperjuangkan hak orang Melayu di daerah Gadek. Namun mereka umpama 'Wira Yang Tidak Di Dendang' kerana tiada tercatat di dalam sejarah.


Menurut nasihat Tok Guruh, geliga di atas berfaedah sebagai ikhtiar:

Penajam mata zahir mahupun bathin

Pemusnah ilmu tenung

Penawar bagi penyakit 'Ain @ sihir 'Ain

Penstabil Yin dan Yang



KOD : GT-GURUH

MAHAR : RM 225.25





No comments:

Post a Comment