Tuesday, 31 October 2017

GELIGA MAHABBAH







MAHABBAH; ertinya cinta...sebiji Geliga Cinta pemberian melalui tangan seorang puteri yang tidak mahu dikenali secara umum di sini. Dia tak suka di seru-seru, lagipun bagus juga untuk menjaga akidah kita sebagai hamba ALLAH yang ditugaskan untuk menyeru @ mengingati ALLAH...bukan nak seru putera puteri bagai. Jadi biarkan mereka menjalankan tugasnya yang diutuskan oleh ALLAH, dia dengan kerja dia...kita dengan kerja kita. Apa tugasan yang ditetapkan untuk kita?

Firman ALLAH TA'ALA;

"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah Kepada-KU."
(Surah Adz-Dzariyat; ayat 56)


ALLAH berfirman;

"AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi. AKU suka dikenali, lalu AKU ciptakan makhluk supaya AKU dikenali."
(Hadis Qudsi)


Dengan itu, maka kenalilah ALLAH...jangan nak kenal dengan khodam permata sebab mereka pun tak minta untuk dikenali, hanya kita aje terlalu sibuk nak kenal mereka...sehinggakan kita terlupa siapa yang sepatutnya dan WAJIB hukumnya untuk dikenali?


******************************************************


Alhamdulillah, getaran tenaga pada permata di atas amat sesuai untuk membangkitkan rasa cinta, kasih dan sayang pada setiap hati makhluk terhadap pemakainya...Insya'ALLAH.



Kod : G-MAHABBAH

MAHAR : RM 100





Monday, 30 October 2017

GELIGA BAKAWALI EDISI 2 (SOLD)






Alhamdulillah, perolehan melalui gerbang ghoib ini diberi oleh seorang puteri yang bertugas untuk menjaga pohon bakawali dan item ini adalah geliga yang berasal dari pohon tersebut. Pendek kata, item Hyper Rare juga ni...bukan senang nak dapat geliga pohon bakawali, hanya orang tertentu yang terpilih sahaja diberi rezeki memilikinya.

Pemberian Puteri Dewi Bakawali ini memiliki aura yang luarbiasa, seriously...jika dilihat depan mata kasar, tak nampak pun warna ungu lembut pada geliga ini...namun, setelah di ambil gambar, terserlah aura keunguannya..., Maha Suci ALLAH sebaik-baik pencipta.





Alhamdulillah, berfaedah sebagai:


Kewibawaan ampuh

Penunduk umum

Pengasihan orang atasan

Pelaris niaga

Pendamai

Pemikat dan penakluk hati

Pendinding diri

Penguat ilmu kebatinan yang dipelajari

Menjelaskan kasyaf matahati
Kod : BAKAWALI-E2
MAHAR : RM 150

Sunday, 29 October 2017

GELIGA RATU LAUT SELATAN






Secara ringkasnya, item ini seasli-aslinya berasal dari proses geologi di dasar laut. Menurut kajian sains, permata jenis ini dinamakan sebagai " Sea Sediment Jasper ". Jadi tidak hairanlah Admin memperolehi permata ini melalui seorang Penguasa dari Kerajaan Laut Selatan. Nama sebenarnya di rahsiakan secara umum...ada la sebabnya tu...malas nak cerita...cari la sendiri ye...Geliga ini di datangkan khusus untuk pakej kerezekian dan perubatan ampuh bagi masalah yang bersangkut-paut dengan laut.




Insya'ALLAH, getaran tenaga yang meliputinya mampu dimanfaatkan sebagai ikhtiar:

Memanggil Sang Ratu bagi yang berkemampuan dan meminjam ketenteraannya di bawah penguasaan lautan sahaja dengan niat Fisabilillah

Perubatan bagi permasalahan dari gangguan jin laut

Mempermudahkan dan melancarkan aliran kerezekian setaraf Geliga Ulung

Penstabil aura kawasan 'angker' dalam lingkungan jarak 30 meter





Kod : LAUTSELATAN
MAHAR : RM 1200



Awas ! Item sebegini ada yang sintetik dan boleh di dapati dengan nilai RM 30 - RM 200 di pasaran...ada, sape cakap takde...cantik pun cantik, malah lebih cantik daripada yang asli...tapi suntik warna la.



Saturday, 28 October 2017

KRISTAL SERAI RETAK SERIBU





 ****************************************


 Kekayaan & Darjat

Kod : KS1000-KUNING-1






 Kekayaan & Darjat

Kod : KS1000-KUNING-2






 Pemulih semangat

Kod : KS1000-OREN






 Kekentalan Jiwa

Kod : KS1000-MERAH






Perjalanan Astral

Kod : KS1000-UNGU






Kerezekian & Ketenangan

Kod : KS1000-HIJAU



Sejenis kristal yang di panggil Zircon atau diistilahkan Batu Serai dalam kepercayaan masyarakat melayu...cuma potongan berbeza iaitu dalam bentuk cabochon, bukan diamond cutting. Di tambahkan pula corak urat retak 1000 yang terhasil melalui heat treatment.

Setiap satunya telah disertakan seorang puteri yang memegang amanah pada tugasan masing-masing. Sekiranya permata ini disalahgunakan ke jalan hitam, maka secara automatiknya puteri-puteri tersebut tidak lagi bertanggungjawab ke atas permata-permata yang diamanahkan. Ye...walaupun ia kelihatan biasa-biasa pada zahirnya, namun kekuatan tenaga bathinnya luarbiasa bagi yang faham hal-ehwal mistik. Kesimpulannya, jenis ini amat disukai oleh orang yang berperwatakan low profile.



Kod : Seperti Di Atas

MAHAR : RM 40.25


Sebenarnya jenis zircon asli nilainya di antara RM80 - RM250 sebutir, namun memandangkan ia dihasilkan sebagai retak 1000, maka nilainya direndahkan dari nilai sebenar.




Thursday, 26 October 2017

GELIGA KOLAM PUTERI









Jika anda perhatikan dengan teliti, ada pecah sedikit di tepinya. Dapat-dapat dah begitu, terkadang orang alam sana akan menguji hati kita sebelum memberi item milikan mereka yang best...mujurlah pesanan guru terpahat diingatan, bak kata nasihat guru lama,"Orang beri kita ambil, orang tak beri jangan diminta."...Kita harus bersyukur dengan apa yang ada, pemberian melalui gerbang ghoib hanya kiasan sahaja...pada hakikatnya, ALLAH jua Pemberi Yang Mutlak...jadi, haruskah kita komplain pemberian ALLAH?

Inilah di antara peringatan yang termaktub dalam Firman ALLAH, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.(Surah Al-Baqarah;Ayat 216)



Alhamdulillah, manfaat alaminya sebagai:

Penaik seri wajah

Penyerlah pesona diri

Pencerah minda

Mencapai As-Sakinah; iaitu ketenangan jiwa

Penstabil Nur jasmaniah dan rohaniah



Kod : KOLAM

MAHAR : RM 80





Wednesday, 25 October 2017

HABASYI GRED C







Untuk pengetahuan umum, jenis jasper terdapat dalam pelbagai variasi dan kelebihan metafiziknya juga berbeza-beza mengikut warna spesimen. Bagi warna dan corak permata di atas, ia digunakan sebagai medium anti-sihir atau secara khususnya ia mampu menyerap gelombang tenaga negatif sihir yang di tuju kepada pemiliknya. Di samping itu, ia membantu menstabilkan aura diri pemakai atau boleh dikatakan ia menebalkan aura perisai pada tubuh pemakai agar terlindung dari marabahaya pengaruh sihir.

Cara nak ujinya cukup mudah, hanya bawa ke tempat-tempat yang dikatakan 'berpenunggu'...kemudian rasai getaran permata ini akan menjadi panas. Semakin lama duduk di situ, semakin panas dirasakan pada permata ini...tapi tak la panas macam api sampai tak boleh pegang, itu trick namanya...panas yang dimaksudkan adalah rasa bahang disekeliling permata atau pada jari, ini berlaku akibat gelombang yang diserap ke dalam permata ini. Bagi nak pulihkannya, cukup di basahkan dengan air wudhuk sahaja...bagi Admin, semua permata harus di cuci dengan air wudhuk sebagai proses penstabilan aura sesuatu permata.


 Kod : HABASYI-C

MAHAR : RM 80



Tuesday, 24 October 2017

GELIGA TELAGA BUNIAN







Nama mistiknya ialah Geliga Telaga Bunian Kerajaan Kayangan, sebab telaga di kerajaan sana diperbuat daripada batu ni. Minta maaf cakap, ini barang bukan lekeh-lekeh tau...jika di alam nyata, ini barang termaktub di dalam kamus perundangan batu permata sedunia dan dikenali sebagai Amazonite, nilainya pun agak tinggi juga.


Tak percaya?...anda tengok la sendiri nilainya di pasaran antarabangsa...cuba jengah sekejap kat laman ni;


http://www.gemselect.com/amazonite/amazonite-403098.php


http://www.gemselect.com/amazonite/amazonite-402996.php





Dengan izin ALLAH, faedahnya kepada manusia sebagai:


Pembekal tenaga yang kuat yang mampu merangsang dan menstabilkan emosi


Bersifat sejuk dan mampu meredakan panas dalaman


Dipercayai pembawa tuah @ ong


Penguat tenaga fizikal dan stamina


Penenang semua cakra tubuh


Jika dibuat loket bagi kaum wanita, ia mampu meningkatkan tahap komunikasi yang baik


Penyembuhan bagi masalah yang bersifat panas



Kod : TELAGA

MAHAR : RM 220





Monday, 23 October 2017

DAMAR CENDERAWASIH






Segala Puji Bagi ALLAH Yang Maha Pencipta, item di atas adalah sejenis damar yang diberi dalam bentuk raw, Dengan izin dari ALLAH, Admin dan beberapa orang anak buah telah mencanainya dan membentuk permata. Ianya ringan dan lembut, namun agak rumit mencanainya kerana ia begitu rapuh..umpama hati yang rapuh kerana kurang yakin kepada ALLAH, mudah saje pecah berderai jika diuji dengan ujian yang keras.

Siapa kata tiada ilmu yang bermanfaat melalui kejadian permata?...ALLAH kurniakan kita akal dan mata hati bagi memilih untuk menilainya dan memandangnya dari perspektif positif atau negatif, jika hati positif...maka akan terbukalah ilmu atau didikan yang bermanfaat sebagai pedoman kita menuju kepada Yang Maha Pencipta, jika hati negatif...maka akan timbullah andaian-andaian yang berunsur negatif juga.


Insya'ALLAH, kegunaan lainnya;

Digunakan untuk menyeru @ memanggil makhluk halus

Penaik semangat keberanian





Kod Item : D.CENDRA


MAHAR : RM 100