Thursday, 5 October 2017

JADE SINTETIK







Admin menklasifikasikannya sebagai jade @ jed sintetik sebab dari penilaian pandangan mata kasar, ia adalah kaca dan ada unsur suntik warna padanya. Buat masa ni, ia tidak diisikan apa-apa dan dimaharkan dengan nilai biasa-biasa. Namun begitu, sekiranya ada permintaan agar diisikan, maka Admin akan lakukan dengan kadar upah pengisian iaitu RM66.

Sekiranya ingin melakukan pengisian sendiri, beberapa kaedah ini boleh membantu iaitu di antaranya direndamkan dalam air mawar selama 7 hari atau ditapakan bersama-sama bertap yang anda miliki selama 40 hari...Insya'ALLAH, ia akan terisi dengan aura kerezekian, pelarisan dan pengasihan. Sekiranya untuk pemanas penunggu rumah atau kedai, boleh isi dengan gelombang tenaga zikir Ya Zaljalali-wal-Ikram sebanyak 1000 kali, kemudian selitkan di dalam rumah atau kedai yang bermasalah.

Jenis begini sesuai dibekalkan kepada anak-anak yang belum tahu erti 'menghargai', sekiranya hilang atau apa-apa yang tidak diingini berlaku pada permata ini, di atas kelalaian dan kecuaian mereka, maka tak la terlalu terkilan.


Kod : JEDSIN

MAHAR TANPA PENGISIAN : RM 30

MAHAR DENGAN PENGISIAN : RM 66




No comments:

Post a Comment