Wednesday, 29 November 2017

MAKLUMAN AWAL: SPECIAL PROMO


Assalaammu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Alhamdulillah, sempena menyambut Maulidur-Rasul pada 12 Rabi'ul-Awal 1439H yakni bersamaan 01 Disember 2017 (Jumaat) ini, Al-Jauhar.com ingin menawarkan diskaun sebanyak 63% pada pembelian yang bernilai RM 300 dan ke atas. Tawaran istimewa ini hanya berlangsung selama seminggu sahaja iaitu berkuatkuasa pada;

 01 DISEMBER 2017 
(12 RABI'UL-AWAL 1439H, Jumaat)

sehingga

07 DISEMBER 2017 
(18 RABI'UL-AWAL 1439H, Khamis)



Terma & syarat :

1. Tawaran ini hanya sah pada pembelian yang bernilai RM 300 dan ke atas sahaja. Item boleh di campur, misalnya 3 item dengan nilai RM 300 atau ke atas, maka layak menerima tawaran ini.

2. Tempoh sahlaku diskaun adalah 1 minggu seperti yang tertera di atas.

3. Promosi ini hanya layak bagi item yang di 'GRAB' sahaja, maknanya harus membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam.

4. Mana-mana pelanggan yang sudah membeli dengan sistem Lock Deposit sebelum tarikh promosi, maka tidak dibenarkan menerima tawaran istimewa ini.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Admin di talian 016 - 6336367

Harap Maklum.


Monday, 27 November 2017

GELIGA EMBUN



GELIGA EMBUN JENIS KERAS












Alhamdulillah, first time dapat Geliga Embun dari alam bunian...saiznya sekecil kepala mancis. Jenis ni akan bertukar warna susu jika di simpan lama-lama, rendam dalam air embun atau hujan, ia akan kembali jernih. Rasanya semua tahu dah kegunaannya kan...so,tak perlu la Admin jelaskan.


Kod : Seperti Di Atas

MAHAR : RM 100 sebiji




Thursday, 23 November 2017

GELIGA WULUNG (SOLD)





Asbab kepada pemudah amalan ilmu hikmah...tak kira la apa ilmu pun yang diamalkan, selagi ia bersifat Haq, maka ia dipermudahkan segala urusan, dilindungi daripada segala kejahatan, dijauhi dari kefakiran dan diberi kefahaman yang benar selama mana si pengamal tetap beriman kepada Al-Haq Ta'ala. Namun, jangan ingat hanya pakai batu ni, dah boleh berhikmah...tanpa melaksanakan perintah ALLAH, meninggalkan larangan-NYA dan redho pada Qada' dan Qadar dengan berlapang dada. Jika ketiga-tiga perkara itu tak selari, maka yang datang bukanlah ilmu hikmah tetapi ilmu Istidraj (tipudaya)...Semoga ALLAH melindungi kita semua dari Istidraj.

Itu pesanan Si Pemberi yang tidak izinkan Admin memperkenalkannya di sini...cukuplah hanya orang yang terpilih sahaja yang akan mengetahuinya sendiri.


Kod : WULUNG

SOLD



Wednesday, 22 November 2017

GELIGA SENDUDUK UNGU







Biasa orang mencari senduduk putih sebab rare katanya, maklum la pokoknya pun jarang-jarang ditemui...berbeza dengan pokok senduduk berbunga ungu amat mudah ditemui, namun tidak terlintas dek akal biasa bahawa senduduk ungu memiliki permatanya yang tersendiri. Ye...pokok senduduk ungu yang di anggap biasa oleh akal biasa, namun permatanya memiliki keampuhan yang luarbiasa sebagai ikhtiar:

Pengaktifan kasyaf @ kepekaan indera ke-6

Pengasihan

Penaik Aura

Perubatan



Kod : SENDUDUK-UNGU

MAHAR : RM 350





Saturday, 18 November 2017

CINCIN PANGLIMA AMBAL







Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Admin mohon maaf sekiranya blog ni agak sepi sejak kebelakangan ni dan untuk pengetahuan pelanggan, buat sementara waktu ni Admin tidak mampu kemaskini blog pada setiap hari berikutan ada beberapa amanah yang lebih utama yang sedang di galas dan perlu di laksanakan. Tambahan pula, kebanyakan permata atau geliga yang hadir ada waktu-waktu tertentu untuk dimaharkan, bergantung kepada kehendak Pemiliknya. Jadi, Admin tidak boleh memaparkan dan memaharkannya sesuka hati.

Baik, di atas adalah Cincin Panglima Ambal dan merupakan permata isian oleh Panglima Ambal itu sendiri sebagai medium ikhtiar membantu melancarkan proses terawangan. Jika penggunaan Akik Yaman untuk terawangan perlu berada di kawasan air terjun, berbeza dengan permata di atas iaitu mampu dilakukan terawangan walau dimana jua anda berada kerana ia diliputi tenaganya yang tersendiri. Namun, seseorang itu haruslah sudah tahu dan belajar ilmu serta teknik terawangan...seandainya newbie yang tidak tahu apa-apa tentang terawangan, ia tidak akan membantu. Pendek kata, cincin ini khusus untuk individu yang dah belajar tentang terawangan tetapi tenaga dalaman tak cukup untuk melakukan terawangan. Boleh di anggap, cincin ini membekalkan tenaga yang mencukupi selama dalam proses terawangan. Insya'ALLAH, melaluinya proses terawangan menjadi mudah dan lancar.



Kod : C-P5AMBAL
 Saiz Cincin : 11
 
MAHAR : RM 225.25




Monday, 13 November 2017

GELIGA TAPAK JALAK





Setahu Admin, Tapak Jalak di ambil namanya sempena simbol 'X' pada uratnya yang masih diliputi kemisterian dari dulu sehingga kini. Melalui kajian dari segi mistik, dapatlah difahami bahawa simbol 'X' padanya melambangkan Pembatalan....ini bermaksud, kegunaan umum bagi jenis Tapak Jalak adalah sebagai pembatal...tak kira la pembatal ilmu ke...pembatal niat jahat ke...pembatal serangan musuh ke...selagi kegunaannya sebagai pembatal, maka skop penggunaannya sangatlah luas bagi individu yang pandai mengolahnya...baik dalam bidang perubatan, beladiri dan hal-ehwal kemistikan.

Tetapi...hanya satu pesan Admin, pakailah apa pun item yang efektif sebagai pembatal...yang penting jangan sampai terbatal Syahadah kita sebagai seorang Islam, ingat tu !!!


Kod : TALAK

MAHAR : RM 300



Sunday, 12 November 2017

GELIGA IBU KEMALA LIPAN




Alhamdulillah, dapat juga Geliga Kemala Lipan kali ni...bewarna hitam dan merah darah jika di bawah suluhan cahaya, namun ia belum sampai ke tahap tembus pandang.

Insya'ALLAH, melalui kajian mistik ke atasnya, ia berfaedah:

Jika di simpan lama-lama akan jadi tembus pandang

Mempunyai khadam dari bangsa jin

Pemiliknya mampu mengetahui isi hati orang dan mampu membaca fikiran lawan

Ia bukan barang isian, 100% alami

Hyper rare dalam spesisnya kerana dikhabarkan ia mampu beranak...cuba perhatikan gambar no.3 di atas dengan teliti, akan terlihat bonjolan kecil iaitu anaknya...sebabtu ia mendapat jolokan Geliga Ibu Kemala Lipan.



Kod : GIKELI

MAHAR : RM 3000




Thursday, 9 November 2017

GELIGA PUTERI QISTINA








Insya'ALLAH, diliputi getaran tenaga alami sebagai ikhtiar:

Kewibawaan tahap sederhana

Penjaga kedudukan dan pangkat

Penstabil aura

Jiwa kental

Faedah terbaru selepas ujikaji di jalankan, ia mampu digunakan sebagai medium pelancar bicara...sesuai bagi ibubapa yang mempunyai anak lambat bercakap atau gagap dengan cara di rendamkan ia ke dalam madu lebah asli dan di amalkan memakan madu tersebut setiap hari...Insya'ALLAH, mujarab.


Kod : GPQISTINA

MAHAR : RM 80



Wednesday, 8 November 2017

KAYU CHINTA MANI





Teras Kayu Chinta Mani ( nama sebenar ), bukan teras biasa...dan ia tergolong dalam skala HYPER SUPER RARE.

Mampu dimaharkan sampai maksima RM 1200 sebutir...siap cincin RM 1800

Kolektor kayu memang kenal benar dengan kayu ni.


Insya'ALLAH, faedahnya:

Penjauh Gangguan

Medium rawatan bagi permasalahan yang berkaitan dengan saka, apatah jin

Penarik Kerezekian

Penggerun

Mempunyai Bisa

( Jika anda ubatkan pesakit, benda ni dah dibuat cincin, cer tampor pesakit yang kena rasuk tu...lihat reaksinya bagaimana?...jangan gelak sudah la...sebab mangsa kerasukan ini menggeledik kesakitan umpama ular merayap satu badan, kalau kita istilah geli la...dia macam reaksi geli, tapi pesakit ni akan kesakitan kerana ular yang dilepaskan semasa menampar pesakit ini seolah-olah dilepaskan ke badan mangsa...ular ini merayap dengan laju sekali di badan dan rayapannya amat berbisa seperti badan ular ini mempunyai asid ).



Kod :  KACHINI

MAHAR : RM 150




Tuesday, 7 November 2017

KRISTAL BUNIAN (SOLD)








Admin kurang pasti sama ada ia kecubung secara khususnya...atau apa-apa yang sewaktu dengannya...cuma yang Admin pasti ia adalah dari keluarga kristal yang diperolehi melalui gerbang ghoib di sebuah kerajaan ghoib di Sungai Gadut, Negeri Sembilan. Dari segi getaran auranya, ia berfaedah bagi individu yang mengalami masalah stress yang melampau dan penghidap penyakit Insomnia.

Bagi kegunaan mistik, ia mampu membantu memudahkan proses Terawangan @ Perjalanan Astral dan kewibawaan tinggi...Insya'ALLAH.




Kod : K-BUNIAN

MAHAR : RM 100