Saturday, 16 December 2017

KEMALA GUCHMANI







Item yang paling Admin sayang, namun sengaja dimaharkan di dalam blog sebab nak mencabar diri bahawa tiada pemahar yang akan menebusnya. Lihat sahaja keunikkannya, warnanya coklat gelap...merah apabila di suluh.

Admin malas nak sentuh bab kelebihannya sebab ia barang legend dan disahkan oleh Tok Guru Admin sendiri iaitu Tok Mat GB bahawa ia asli GUCHMANI. Asal daripada Ular Chinta Mani alam bunian. Dah la...item kesayangan tak boleh cakap lebih-lebih, nanti ada yang jatuh cinta...huhuhu



Kod : KEGUCHMANI

MAHAR : RM 5000



Thursday, 14 December 2017

GELIGA BERTAP







Dulu dah pernah dapat sekali...seingat Admin setahun yang lepas...item rare memang mcmtu le, dapat sebiji-sebiji je...itupun kena tunggu bertahun-tahun. Sebelum ni sifatnya lebih kepada hitam, kali ni lebih kepada hijau. Ia bersifat hidup iaitu jika dipakai hari-hari akan menjadi hitam keseluruhannya.

INI ITEM SUPER DUPER RARE !!!

Diperolehi melalui gerbang ghoib Kerajaan Lubuk Naga, mampu dijadikan ibu minyak bagi yang arif menghasilkannya. Item di atas bukan main susah nak diambil gambarnya, puas dipujuk-pujuk agar diberi izin...kalau tak diizinkannya, asyik kabur je memanjang...akhirnya diberi juga,...Alhamdulillah.

Memandangkan di dalam gambar ia tak begitu jelas, di celahan rerambut itu berkilauan kuning keemasan, agak kurang aura tarikannya sebab aura geliga ini bersifat penolak...iaitu menolak sebarang aura dari unsur-unsur negatif. Fungsinya lebih kepada penghadang sihir, pendinding diri dari serangan sihir dan gangguan jin kafir, juga dikatakan memiliki nur alamiah sebagai kebal darurat...minta maaf, yang ni Admin belum uji lagi.

Bagi yang pandai mengolahkannya, boleh menghasilkan minyak urut beserta pemusnah, penyembuh dan pendinding dari masalah yang melibatkan sihir...dengan cara di rendamkan ke dalam minyak kelapa hijau dan ditapakan selama tujuh hari.

AMARAN !!! ITEM INI HARUS DIMILIKI OLEH INDIVIDU YANG MENJAGA SOLATNYA DAN IMANNYA KERANA DIKHUATIRI IA MAMPU MENJADI SAKA PADA ORANG YANG LANGGAR PERINTAH ALLAH.



Kod : G-BERTAP

MAHAR : RM 1000

PROMO CUTI SEKOLAH : RM 300




Wednesday, 13 December 2017

MESTIKA MBAH ZAKIAH






Perolehan melalui pemberian Mbah Zakiah ini memiliki tenaga khusus dalam hal-ehwal penarikkan kekayaan dan kemewahan dari enam penjuru Dengan Izin ALLAH. Bagi pemiliknya, kekayaan akan mudah diperolehi melalui usaha yang sedikit. Kekuatan tenaganya setaraf dengan Geliga Ular Chinta Mani (GUCHMANI), dan kepada yang tidak mampu untuk memiliki guchmani yang bernilai tinggi...maka ini jalan penyelesaiannya.


Kod : SUGIH

MAHAR : RM 500

 PROMO CUTI SEKOLAH : RM 150.25




Monday, 11 December 2017

GELIGA BULUH BERMATA






Sebiji geliga yang diperolehi dari dalam buluh. Melekat magnet hanya di bahagian sudut seperti dalam gambar paling bawah, bererti mengandungi besi di situ. Geliga Buluh asli amat efektif dalam 3 kegunaan iaitu sebagai alat perang, medium perubatan dan penarik kerezekian dalam satu masa. Admin sarankan kepada yang sedang mencari item untuk peperangan, perubatan dan kerezekian, Geliga Buluh amat di galakkan sebab ia 3 in 1.

Geliga Buluh di atas ialah asli daripada dalam buluh. Insya'ALLAH, ianya mampu untuk:

Kekebalan darurat

Medium perubatan terutamanya santau

Penarik kerezekian

...dan 1001 fungsi bagi yang pandai mengolah dan menggunakannya kerana ia bermata iaitu simbolik kepada fokus serta ia bersifat sejuk dan menenangkan...jika digabungkan kedua-duanya iaitu fokus dan tenang, maka itulah kunci dalam keilmuan.



Kod : G-BULUH

MAHAR : RM 1200

PROMO CUTI SEKOLAH : RM 500





Monday, 4 December 2017

GELIGA BUNIAN







Melalui pengalaman Admin, tenaga yang meliputi geliga ini membantu melancarkan perjalanan rezeki bagi para peniaga, di samping menetapkan fokus pada minda yang memberikan impak maksima dalam mentelaah sesuatu ilmu sama ada berbentuk teori mahupun secara praktikal. Sesuai di pakai sesiapa sahaja yang mementingkan fokus dalam kehidupan sehariannya, baik sebagai seorang pelajar, bekerjaya ataupun pengamal mistik. Sekiranya anda jenis yang susah nak menghafal...pemakaian geliga ini adalah suatu asbab bagi meningkatkan daya ingatan.

Cuma ada satu pengujian yang Admin belum lakukan ke atas individu yang menghidap penyakit amnesia atau hilang ingatan akibat tekanan perasaan yang melampau, gegaran otak kerana kemalangan dan sesuatu yang berkaitan dengannya kecuali faktor penyakit tua atau nyanyuk. Jika ada sesiapa yang ingin mengujinya ke atas diri sendiri atau ahli keluarga yang menghidap amnesia, silakan...Insya'ALLAH.



Kod : G-BUNIAN

MAHAR : RM 100.25




Sunday, 3 December 2017

GELIGA SENDUDUK PUTIH







Alhamdulillah, mempunyai manfaat yang tersendiri dalam ikhtiar perubatan, pengasihan dan magnet kerezekian.., dan geliga di atas di dampingi seorang puteri (Admin tak dibenarkan reveal nama panggilannya di sini, hanya akan diberitahu kelak kepada bakal pemilik geliga ini).
Cara Penjagaan Khusus:

Ambil sekuntum bunga senduduk putih, letak geliga ini di tengah-tengah dan bungkus dengan kelopak bunganya.Simpan di dalam bekas yang diperbuat daripada kayu sehingga bunga senduduk tadi mengering. Lakukan ia setahun sekali.



Kod : S-PUTIH

MAHAR : RM 225.25